Penyata Kebolehcapaian EAA

Polisi kami

Di Badoo, keadilan adalah nada hati kami. Ia lebih daripada hanya sebuah kata kunci—kami sentiasa berusaha untuk membuat pengalaman Badoo lebih adil, saksama dan mudah diakses.

Deklarasi kebolehcapaian ini disediakan untuk memaklumkan pengguna kami mengenai kebolehcapaian perkhidmatan kami, termasuk penjajarannya dengan standard-standard teknikal dan undang-undang. Deklarasi kebolehcapaian ini terpakai kepada elemen-elemen perkhidmatan [RS2] kami yang diliputi oleh Akta Kebolehcapaian Eropah, khususnya dalam perkhidmatan e-dagang kami, yang membenarkan pengguna untuk meningkat taraf ke fitur-fitur Badoo yang lebih baik dan premium. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi Badoo.

Status Kebolehcapaian

Akta Kebolehcapaian Eropah memerlukan kami untuk merancang perkhidmatan e-dagang kami (termasuk kaedah identifikasi dan pembayaran) dengan pendekatan kebolehcapaian, supaya ia boleh dilihat, dikendalikan, difahami dan mantap. Selain itu, kami berusaha untuk membina laman web dan aplikasi mudah alih mengikut Garis Panduan Kebolehcapaian Isi Kandungan Web W3C 2.1, Tahap AA. Untuk mencapai matlamat ini, kami telah:

  • Bekerjasama dengan syarikat konsultan kebolehan seperti Level Access untuk memahami bagaimana kami boleh membuat perkhidmatan kami lebih boleh diakses.
  • Menilai pengalaman digital kami mengikut garis panduan kebolehcapaian global.
  • Belajar daripada team diversifikasi yang termasuk pakar kebolehcapaian, pengguna kurang upaya dan yang memerlukan kebolehcapaian tambahan.

Tindakan Diambil

Untuk mendapat kebolehcapaian dalam perkhidmatan kami, kami telah:

  • Bekerjasama dengan Level Access untuk membuat analisasi dan memberi panduan yang menyeluruh.
  • Membenamkan perkakas kebolehcapaian ke dalam platform kami, termasuk teknologi bantuan seperti papan kekunci alternatif, pengaktifan suara dan navigasi tanpa sentuhan.
  • Menjalankan ujian pengguna dengan orang-orang kurang upaya untuk mendapatkan maklumbalas yang benar dan membuat penambahnaikan yang berdasarkan informasi.
  • Mempadukan pertimbangan kebolehcapaian ke dalam kitaran hayat pembangunan produk dan proses jaminan kualiti kami.
  • Menyediakan programkebolehcapaian digital menrentasi seluruh organisasi.
  • Melaksanakan platform pengalaman pelanggan berbantuan. Ini adalah percuma dan tersedia untuk orang yang menghadapi cabaran dalam menaip, menggerakkan tetikus, atau membaca. Ia termasuk perkakas-perkakas seperti pengganti mouse dan papan kekunci, pengecaman suara, pengaktifan suara, navigasi tanpa sentuhan dan lain-lain.

Penambahbaikan Masa Depan

Kerja kebolehcapaian kami senantiasa berjalan. Kami akan terus:

  • Memantau dan mengkaji kebolehcapaian merentas semua platform digital.
  • Memperbaiki isu yang diketahui dan mencegah gangguan masa depan dengan mereka bentuk dengan kebolehcapaian dalam pertimbangan.
  • Meningkatkan latihan dalaman dan kesedaran untuk memperbaiki reka bentuk yang inklusif.

Maklumbalas dan Hubungan

Walaupun kami bertekad untuk memastikan kebolehcapaian untuk semua pengguna, beberapa keterbatasan mungkin wujud. Kami sangat menghargai maklumbalas untuk membantu kami meningkatkan prestasi kami. Jika anda menemui halangan kebolehcapaian atau memerlukan maklumat dalam format alternatif, sila hubungi kami di accessibility@bumble.com.

Terakhir dikemaskini: November 2025